I want to write reviews in Malay for Malay books I read, so here goes. I'll include the English translation at the end. Just keep reading ;)
Saya nak tulis review buku dalam Bahasa Melayu untuk buku-buku Bahasa Melayu yang saya baca. Saya akan letakkan juga terjemahan Bahasa Inggeris di akhir nanti. Teruskan membaca ;)
Tajuk: Harut dan Marut (Siri Pendidikan Al-Quran untuk Kanak-Kanak #5)
Pengarang: Saad Ismail Syalabiy
Tahun penerbitan: 1992
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Sumber: Sendiri. Emak saya belikan waktu zaman sekolah rendah dulu-dulu
Beli: Sejujurnya, saya tak jumpa kedai buku yang jual buku ni sekarang
Ayat pertama.
The first sentence.
Ayat Al-Quran daripada Surah Al-Baqarah.
Surah Al-Baqarah, Al-Quran.
Illustrasi pada kulit buku (bahagian dalam).
The illustration of the book cover (on the inside).
Illustrasi.
Illustration.
Buku ini versi Bahasa Melayu. Buku asalnya pula dalam Bahasa Arab. Buku ini pasal cerita dalam cerita. Mengenai seorang ayah yang menceritakan kisah Harut dan Marut kepada anak-anaknya. Harut dan Marut adalah dua malaikat yang Allah Subhanahu wa Taala (SWT) turunkan untuk ajar sihir/ilmu hitam kepada manusia. Mereka adalah ujian yang diturunkan oleh Allah SWT untuk orang-orang waktu tu; mereka akan bagi amaran terlebih dahulu sebelum mengajar ilmu hitam; mereka akan beri peringatan kepada orang ramai bahawa mereka diturunkan sebagai ujian, "Jadi janganlah kamu tidak beriman kepada Allah SWT", kata Harut dan Marut. Kisah dua orang malaikat ini ada diceritakan di dalam Al-Quran, Surah Al-Baqarah.
Saya rasa buku ni seronok dan bermanfaat. Bacaan yang senang; bahasanya mudah sebab buku ini ditujukan kepada kanak-kanak. Orang dewasa pun boleh mengambil manfaat daripada buku ini. Saya beri buku ini 5/5 bintang .
As a kid, I was afraid to look at the cover.
This book is a Malay translated version of
its Arabic original book. It’s a story in a story. About a father who tells his
sons the story of Harut and Marut. Harut and Marut are angels who were sent
down to teach magic to people. They acted as trial from Allah SWT; they warned
people before teaching them magic, saying that, they were here as temptation,
so do not disbelieve. The story of Harut and Marut is mentioned in The Quran,
Surah Al-Baqarah.
The book is interesting and educative at the same time. It’s
an easy read; the language is very simple as it’s targeted for kids. I enjoyed
it as an adult as well. I give it 5/5 stars.
Assalamualaikum ;D
May peace be upon you ;D