Tajuk: Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
Pengarang: Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA)
Tahun penerbitan: 2010 (pertama kali diterbitkan pada 1937)
Penerbit: Pustaka Dini
Sumber: Pinjam dari perpustakaan awam
Review ini dah ditulis lama tapi baru sekarang nak post kat sini, miehehehe.
Tak puas hati: Sticker library ditampal sampai tutup tajuk buku :( |
Ayat pertama cerita. |
Review ini dah ditulis lama tapi baru sekarang nak post kat sini, miehehehe.
Fuhh fuhh. Ayat sastera advanced dan klasik. Tahap tinggi tak hingat punya (untuk level aku memang agak tinggi lah). Susah juga nak faham. Banyak perkataan yang memang tak pernah dengar, ditambah pula dengan perkataan-perkataan dan ayat-ayat Bahasa Indonesia, fuhh mencabar. Aku catat nota sampai 7 muka surat, no kidding.
Mula-mula memang susah nak faham. Dengan bahasa yang tinggi (rujuk point di atas), dan banyak pula nama watak, gelaran dan tempat dalam satu perenggan. Pening. So, apa aku buat? Peta minda. 2 muka surat aku catat peta minda untuk faham 'backstory' watak utama buku ni.
Satu lagi, aku guna teknik yang Lemony Snicket ajar dalam buku The Miserable Mill. How to read difficult books: just gantikan je perkataan yang susah tu dengan 'hmmm' and figure the meaning of the sentence out by yourself. Mungkin maksudnya tak berapa tepat tapi asal faham apa yang cuba disampaikan, ok lah kan?
Buku ini mengisahkan cerita seorang anak muda bernama Zainudin, yang mempunyai darah Minangkabau (belah ayah) dan Bugis/Mengkasar (belah emak) - orang Mengkasar majoritinya berdarah Bugis. Ayahnya dibuang negeri, Padang (orang Padang = Minangkabau majoritinya) disebabkan kesalahan dia yang lalu. So, ayahnya (nama: Pendekar Sutan) pun membawa diri ke Mengkasar. Sampai sana, dia settle down, kahwin dengan orang Mengkasar dan lahirlah Zainudin.
Maknya meninggal dunia sebelum sempat melihat Zainudin besar. Ayahnya sempat lah gak tengok dia membesar sebelum pergi menghadap Allah SWT. Zainudin dibesarkan oleh Mak Bese, pengasuhnya dari kecil. Atas wasiat ibunya dan cita-cita ayahnya, Zainudin pergi ke negeri asal ayahnya, Padang ataupun Padang Panjang (negeri yang sama). Tapi, sampai je kat sana, sorang pun tak suka dia sebab dia bukan pure Minang. Semua orang kat situ panggil Zainudin 'orang luar' lah, 'orang lain' lah, 'mudblood' lah, 'Muggle' lah (aku tipu, yang 2 terakhir tu tak disebut dalam buku, muehehe, but, you get the idea, right?). Dia jadi macam social outcast jugak lah kat Padang. Sampailah dia bertemu Hayati.
Kisah cinta dan ada juga diselitkan unsur-unsur tarbiah. Dan juga sangat thought-provoking.
Kadang-kadang aku terfikir gak, kenapa kita perlu sisih/label seseorang tu 'orang luar' hanya sebab keturunan yang berbeza, padahal kita semua manusia, sama-sama dicipta oleh Allah. Semua juga akan kembali kepada Nya.
Review ini memang agak panjang, sebab banyak nak ditulis. Dan ada minor spoiler dan vague hint of spoilers. Sapa rasa meluat dengan spoiler dan ada penyakit tak boleh tengok banyak perkataan, boleh berhenti baca di sini.
Buku ini menceritakan cinta Zainudin dan Hayati yang terhalang disebabkan pegangan adat Minangkabau yang kuat di Padang. Diorang planning nak kahwin dah, tapi dek kerana family Hayati yang sangat strict dengan adat, terpaksa lah Zainudin frust menonggeng. Orang Minang kena kahwin dengan orang Minang jugak, kalau tak shameful satu family, kata adatnya. Dan, kalau tak kahwin dengan orang Minang, susah nak dapat harta pusaka, kata adatnya.
Nampak tak di situ? Masyarakat yang susah nak terima kaum/adat yang berbeza. Tak payah cakap dalam buku tu je, masyarakat kita pun sama.
Dalam buku ni, family Hayati siap buat meeting tergempar, kena panggil semua sanak sedara untuk tentukan siapa yang layak kahwin dengan Hayati. Kena tau asal usul, gaji, harta yang ada pada calon menantu bagai. Lastly, Hayati hanya boleh menurut je sebab tak nak malukan family and family Hayati ingat Zainudin masa itu miskin (padahal dia senang lah jugak time tu, cuma dia ni zuhud). Dan contender untuk jadi suami Hayati masa tu adalah anak orang kaya yang pure Minangkabau. So, Zainudin memang takda chance la.
Islam ni kan mudah, adat kita yang selalu menyusahkan. Adat orang Melayu tak terkecuali.
Antara tema dan persoalan yang saya dapat selain daripada points di atas, ialah (Wah macam karangan SPM da) (Memang pun, muehehe):
1) Cara hidup orang bandar dan orang kampung yang berbeza. Orang bandar tak pandang sangat adat-adat bangsa ni.
2) Which brings to point number 2, pemakaian orang bandar yang agak moden dan trendy kalau nak dibandingkan dengan orang kampung. Hayati digambarkan selalu berbaju kurung dan berselendang. Manakala kawan baiknya, Khadijah mungkin? (tak ingat nama), yang tinggal di kota, lebih selesa berkebaya pendek dan sendat dan of course tiada selendang.
3) Peer pressure. Orang kampung yang datang ke bandar dengan fesyen kampung yang dianggap pelik akan dicemuh oleh yang berfesyen bandar. Hayati tak terkecuali, walaupun Khadijah sahabat baiknya. Dan bila dipujuk rayu oleh spesis bandar tadi, maka spesis kampung pun ikut je lah berfesyen seperti spesis bandar sebab tak nak nampak kuno seperti dari zaman Jurassic.
4) Kahwin kerana wang semata-mata memang tak ke mana. Bila duit habis; cinta, kasih dan sayang pun habis.
Aku tak suka Zainudin, mula-mula. Dia macam...pelik. Banyak sangat perbuatan dia yang aku rasa bercanggah dengan peribadinya yang alim, geng surau dan kopiah.
Kenapa aku tak suka watak utama, kome kata?:
1) Zainudin sangat suka tulis surat. Dia rasa hanya dengan written words dia boleh sampaikan sesuatu dengan jelas. Zainudin is a man of few words (bila bercakap), tapi bila dah start mengarang, fuh berjela tak ingat. Bukannya aku tak suka sebab dia suka menulis berjela-jela (aku pun cenggitu, ye dak? :P). Surat-surat Zainudin kepada Hayati banyak sangat puji-pujian yang over. Senang cerita, over-puji. Contoh (not in exact words): Hayati, awak sangat cantik tak terkata. Hayati, awak je yang nak kawan dengan saya. Semua orang kat kampung ni benci saya kecuali awak. Hayati, awak saja tempat saya bergantung. Hmmm, hold on bro, surely Allah tempat no. 1 untuk kau bergantung? Kenapa bro? Kau kuat pegangan agama, tapi bila tulis surat kat perempuan jadi begitu pula? Aku confuse.
2) Zainudin selalu tak sabar nak jumpa tengok Hayati setiap petang. Dia tahu Hayati lalu jalan mana semua. Eh? Stalking much, bro?
3) Bila dah tak sabar nak jumpa Hayati tu, mula la Zainudin pun tak senang duduk. Makan tak kenyang, berangan buat kerja semua. Oh, please?
4) Zainudin terlalu sayang gila kat Hayati, tak rela Hayati bertunang dan kahwin dengan orang lain. Dia kata dia rela mula-mula, dia redha, tapi tup tup, datang pulak surat kat Hayati yang berbunyi ugutan. Siap cakap kalau dia mati dulu, arwahnya akan menghantui Hayati. Erk? Creepy much, bro? C'mon la bro, tu namanya takda jodoh. Tak payah lah cenggitu sekali. Mungkin ada jodoh yang lebih baik untuk kau. Doa lah kepada Allah selalu.
Hayati pun satu. Panas gak aku dengan dia ni kadang-kadang. Buat apa berjanji nak sehidup semati dengan Zainudin kalau memang dah terang tang tang tang family kau tak akan ambil dia jadi menantu? Why Hayati, why?
5) Surat-surat Zainudin kepada Hayati banyak berbunyi narsistik. Contoh, again, not in exact words: 'Cinta aku kepada kau, Ati, sangat suci. Kau tak akan jumpa cinta macam aku dari orang lain.' Oh, please! Kebanyakan suratnya mesti ada bunyi-bunyi: 'I'm the best man in the world for you! I'm the best! Only I deserve your true love!' Arghhh. Tak leh terima.
Watak Zainudin gets better the further you read. Nak tau macam mana? Nak tau apa kaitan tajuk buku: Kapal Van Der Wijck dengan cerita ni? Silalah baca buku ini, muehehehe. (Kalau aku cerita jugak, memang major spoiler. Yang ni pun dah banyak minor spoiler aku duk cerita. Nanti tak syok la kan kalau korang nak baca). Mungkin memang pengarang nak tunjukkan perubahan Zainudin. Yang manusia tak sempurna, manusia semua boleh sedar dan berubah kepada yang lebih baik.
Oh, by the way, tragedi Kapal Van Der Wijck ini memang pernah berlaku dahulu pada tahun 1936. Kapal tersebut tenggelam di area Selat Melaka selepas bergerak daripada port di Surabaya. Boleh baca petikan akhbar The Straits Times mengenai tragedi itu di sini. (Sumber: National Library Singapore).
Cuma cerita Zainudin dan Hayati ini fiksyen.
Oh, by the way, tragedi Kapal Van Der Wijck ini memang pernah berlaku dahulu pada tahun 1936. Kapal tersebut tenggelam di area Selat Melaka selepas bergerak daripada port di Surabaya. Boleh baca petikan akhbar The Straits Times mengenai tragedi itu di sini. (Sumber: National Library Singapore).
Cuma cerita Zainudin dan Hayati ini fiksyen.
Aku suka watak Muluk. Muluk hanya orang biasa-biasa je. Dia mungkin tak kuat imannya, tapi bila dia bercakap, fuh, sentap. Macam dia pula yang lebih arif hal-hal agama daripada Zainudin.
Tazkirah yang aku dapat dari buku ini. Aku first dengar pasal buku ni dari Pencetus Ummah. So, aku nak ambil inspirasi dari kata-kata Dr. Ridhuan Tee: sampaikanlah walau sepatah. (Hadis Rasulullah SAW) So, tazkirah it is:
1) Ada kesenangan di sebalik kesusahan yang menimpa. Ayat Al-Qur'an mungkin? Aku pernah baca ayat yang sama dalam buku Hlovate: 5 Tahun 5 Bulan.
2) Ingat Allah bila kita senang, supaya Allah akan ingat kita bila kita sengsara.
3) Ingat jasa orang yang telah membesarkan kita walaupun dia tiada pertalian darah. Mak pak lagi la kena hingat.
4) Bertaubatlah kepada Allah daripada dosa-dosa silam. Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
5) Pakai pakaian yang molek-molek sket. Tutup apa yang patut.
6) Nikmat dan rezeki Allah itu ada di mana-mana sahaja. Bandar, kampung, gunung, hutan, rumah, tepi sawah, tepi longkang.
7) Ajal dan maut itu urusan dan ketentuan Allah. Tidak lambat dan cepat walaupun sesaat.
(Aku bukannya orang yang sangat alim, dan aku rasa semua orang perlu ingat-mengingati sama ada untuk diri sendiri dan antara satu sama lain. Tak kira orang biasa, mat rempit atau ustaz atau ustazah).
7) Ajal dan maut itu urusan dan ketentuan Allah. Tidak lambat dan cepat walaupun sesaat.
(Aku bukannya orang yang sangat alim, dan aku rasa semua orang perlu ingat-mengingati sama ada untuk diri sendiri dan antara satu sama lain. Tak kira orang biasa, mat rempit atau ustaz atau ustazah).
Okay lah, sampai sini je lah. Overall: best, sedih, thought-provoking.
4/5 bintang.
Assalamualaikum.
nice review, baru beli buku van der wijk ;p
ReplyDelete