Tuesday, January 28, 2014

Review Buku: 5 tahun 5 bulan oleh Hlovate

Tajuk: 5 tahun 5 bulan
Pengarang: Hlovate Facebook
Tahun penerbitan: 2007
Penerbit: Jemari Seni Publishing
Sumber: Pinjam dari adik






Suka:
  • Gaya bahasa yang sempoi dan santai. Dialog macam perbualan harian.
  • Kisah hidup budak medik Malaysia yang belajar kat oversea. Rasa macam nak pergi Aberdeen, Scotland pula, tapi not going to happen to me, I know, so book visit pun jadilah.
  • Watak Ana yang sempoi dan otai.
  • Resepi-resepi masakan yang secara tak langsung ada diselitkan dalam penulisan.
  • Motivasi/tarbiah/pengisian rohani. Love letters from Allah. Siapa kata buku-buku fiksyen tak boleh bawa tema macam ni? ;)
  • Perubahan dalam diri. Ke arah yang lebih baik. Dari berasap dengar nasihat budak-budak 'geng surau/geng kopiah' kepada boleh lah dengar juga.

Tak suka:
  • Jalan cerita yang agak draggy and boring, at times. Especially bila Ana dah sampai di Aberdeen. Dengan segala love conflicts bagai. Haaaaah (bunyi kebosanan).
  • Watak perempuan yang oblivious to love, or people who love her/have interests in her. Oh c'mon, cliche sangat. Macam plot drama Korea lah pulak (no offense to K-lovers, I watch them too, sometimes, but I just don't like them that much. But then again, romance isn't my cup of tea. Well, that's just my thought). Banyak sangat "Ana tak paham kenapa Along Serbia macam ni, kejap baik gila, kejap Serbia gila" (not in exact words). Ana Ana, kau tak pernah dengar ke lelaki yang suka 'tease' atau kacau atau ejek perempuan yang dia suka? Tak pernah dengar pasal spesis ni?
  • Too much 'sell-expensive' (baca: jual mahal). Haaaaah (bunyi kebosanan sekali lagi). At a point, I was screaming, in my head lah, my family will think I'm crazy if I do that out loud, "Kahwin je lah, dah nak dekat 400+ muka surat dah ni!" or dalam Englishnya "Just get together, you idiots!". Now, imagine I said that without the 'i' word xD
  • Ayat yang lebih kurang sama antara watak. Mula-mula Ana je yang selalu sebut "Bosan luar petala". Ok, cool, kesempoian terserlah. Tapi lepas tu, semua orang pun: Apeh, Along, Aisyah, Asmah, Rosmah, Mansor pun bawa dialog yang serupa. Macam 'erk?' sedikit di situ. Everyone sounds the same, tiada perbezaan suara antara mereka.
  • Lebih kurang macam point kat atas. Ayat yang sama di ulang berkali-kali. Bosan luar petala, Bosan petala ketujuh, kelapan. Bila baca tu, macam, alamak ayat ni lagi *flips table*.
  • Lawak sains (tak tau nak guna term apa, nak kata lawak, macam tak kena, maaf kosakata kurang, jadi 'lawak sains' pun boleh lah). Jangan salah faham. Saya suka bila science terms digunakan dalam buku-buku fiksyen Melayu. Tapi, dalam buku ni, saya kurang jelas dengan penggunaan terms tersebut. Contoh: 'Dopamine betul'. Was it a substitute for 'Gila betul'? or 'Kurang bijak betul'? (read: bodoh betul). Idk. Confuzzlement. Dopamine ni sejenis neurotransmitter (ialah sejenis ubat juga) yang tolong bawa impulse (mesej) dari neuron kepada neuron lain yang berdekatan dalam otak, dengan cara bawa impulse tadi cross lubang-lubang (synapse) antara sel-sel neuron. Senang cerita, macam messenger (Yahoo Messenger, contohnya), yang tolong kita sembang dengan orang lain kat internet. So, my point is, bila ayat tu disebut, adakah ianya bermaksud 'Suka-menyampaikan-maklumat-antara-manusia betul'? Atau gossip monger betul? Televisyen/radio bergerak betul? Joyah betul? Idk. Bila tengok kat konteks ayat, macam tak kena pula. Lawak sains saya suka, tapi lawak sains yang kurang jelas macam eh. Saya tak ada masalah kalau ada penerangan macam mana nak guna science terms tu :)

Just my two cents.

Buku ini mengisahkan cerita Ana yang menjadi orang gaji kat rumah Encik Latfy, pastu jumpa Along yang selalu terrorize dia (baca: ejek-ejek, komen masak tak sedap etc etc), Along terkedu bila dapat tahu Ana yang kekampungan tu sebenarnya bakal doktor, belajar dekat oversea lagi. Lebih kurang camtu lah cerita dia.

Cerita yang sangat predictable. Dah tahu kesudahan cerita dari 30 muka surat yang pertama lagi. Saya ambil masa dalam 3 minggu, more or less, untuk habiskan baca. I stopped reading somewhere when Ana was at Aberdeen and having those love conflicts, bored (nak letak gif Bored! Sherlock kat sini, tapi macam kejam la plak, ehe). 

I picked up another book to forget the boredom, but it turned out to be a complete snorefest! (baca: bosan tak hingat, atau bosan petala ke-4454569900865328). Ugh. Review untuk buku yang tak penah gagal buat saya tidoq ni, akan menyusul nanti (nanti as in bila ada mood nak taip kat sini, dah tulis kat notebook, tak taip je lagi xD). 

All in all, not a bad book, not great either. Saya suka pendekatan dakwah dalam buku ni. Dan penulisan yang sempoi. Dan, ok, tengok je la apa yang saya suka kat atas tu, tak larat nak tulis balik, ehe.

3/5 bintang. I would have given this 4 stars out of 5, if all the things I didn't like (in case if you haven't noticed, they shared the same point: too much aka banyak sangat) were cut short.

Assalamualaikum.

4 comments:

  1. Dah lame baca buku ni time stud dulu. Tak ingat lang sung jalan cerita tapi yang ingat tak habis pon baca buku ni. Sebab teramat bosan. Hee. Btw,buku apa yg snorefest tuh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hampir nak DNF buku ni masa baca part Ana and her emotional anxiety slash love conflicts, word ape yang sesuai? Angst ke? Entah, hehe. Tapi gagahkan jugak baca, sebab rasa macam dah commit crime kalau tak habis baca buku, ehe xD
      One Second After by William R. Forstchen. Buku yang sesuai dibaca untuk pertandingan sape tidur paling cepat, haha.

      Delete
  2. Replies
    1. Nama pun book nerd (poyo, haha) :)
      Thanks for stopping by.

      Delete

Thank you for taking the time to read and comment on this post. I read and appreciate every comment. If you don't comment, it's okay, thank you for reading in silent. I do that a lot when I don't have anything to say ;)

I always reply to all comments in this blog. If you left me questions, make sure to check back here. Have a nice day and happy reading :D